top of page
PERATURAN PSS
1. Waktu perkhidmatan
-
AHAD - SELASA : 7.30 pagi - 2.00 petang | 3.00 petang - 4.15 petang
-
RABU : 7.30 pagi - 2.00 petang | aktiviti ko-kurikulum
-
KHAMIS : 7.30 pagi - 2.00 petang | TUTUP
-
JUMAAT DAN SABTU : Ditutup
2. Keahlian
-
Ahli Tetap : Pelajar-pelajar, guru dan kakitangan SEHEBAT
-
(menggunakan “ID card”)
* semua pelajar dan guru diwajibkan menjadi ahli PSS
3. Kad Keahlian
-
Setiap ahli perlu memiliki “ID card”
-
“ID card” tidak boleh dipindah milik
-
“ID card” yang rosak atau hilang boleh diperbaharui semula dengan membeli kad yang baru.
4. Denda
-
Lewat memulangkan buku - 10 sen sehari.
-
Buku/Bahan hilang/rosak - Ganti rugi mengikut harga buku / bahan tersebut.
-
Gagal mematuhi peraturan PSS - Tindakan disiplin akan dikenakan.
TATATERTIB SEMASA DI PSS
-
Pelajar diwajibkan memakai unifom sekolah atau T-shirt sekolah di dalam PSS.
-
Pelajar dilarang memakai selipar di dalam PSS.
-
Pelajar kelas dikehendaki berbaris di luar PSS jika mengunjungi PSS bersama guru pengiring.
-
Pengguna dilarang membawa masuk beg. Beg hendaklah disimpan di dalam rak yang disediakan.
-
Pengguna dilarang membawa masuk buku-buku rujukan sendiri kecuali buku nota dan alat tulis sahaja.
-
Pengguna perlu merekod penggunaan PSS ke dalam sistem penggunaan PSS.
-
Pengguna dilarang membuat bising semasa berada di PSS.
-
Pengguna dikehendaki meletak buku yang telah dibaca di tempat asal.
-
Pengguna diminta menyusun meja dan kerusi dalam keadaan teratur sebelum meninggalkan PSS.
-
Pengguna dilarang membawa keluar peralatan PSS tanpa kebenaran guru atau pengawas bertugas.
-
Pengguna dilarang merosakkan buku dan peralatan di PSS.
-
Pengguna dilarang makan dan minum di PSS.
-
Pengguna diminta memberikan kerjasama yang baik kepada guru dan pengawas PSS.
-
Guru dan pengawas PSS berhak meminta pengguna yang tidak mematuhi peraturan meninggalkan perpustakaan.
-
Pihak PSS berhak meminda masa perkhidmatan, menarik balik kemudahan-kemudahan dan meminda mana-mana peraturan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sebarang pengumuman akan ditampalkan di papan kenyataan dan pintu masuk utama perpustakaan.
PERATURAN BUKU REDSPOT
-
Pelajar dilarang membawa keluar buku REDSPOT dari PSS.
-
Buku-buku ini tidak boleh dipinjam.
PERATURAN BUKU BLUESPOT
-
Pelajar dilarang membawa keluar buku BLUESPOT dari PSS.
-
Buku-buku ini tidak boleh dipinjam.
PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD
-
Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik APD tanpa guru pengiring.
-
Pelajar dikehendaki mematuhi tatatertib PSS semasa berada di bilik APD.
PERATURAN SEMASA KECEMASAN
-
Dengar dan ikut arahan yang diberikan oleh guru bertugas.
-
Tinggalkan semua buku dan peralatan di atas meja.
-
Segera keluar mengikut pintu berhampiran (mengikut pelan kecemasan yang disediakan).
-
Elakkan berebut-rebut dan membuat bising semasa keluar.
-
Berkumpul dan beratur di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
bottom of page