LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.
Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber SEHEBAT adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;
-
Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar.
-
Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akademik pelajar dan sekolah.
Objektif
Objektif Program NILAM Pusat Sumber SEHEBAT adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:
a. Menjadikan pelajar banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap pelajar merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan pelajar.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
Tahap Jauhari
-
Pelajar wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
-
Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
-
Menggunakan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
-
Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tahap Rakan Pembaca
-
Pelajar yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
-
Pelajar berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
-
Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
-
Memberi pinjaman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
-
Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.
Pengiktirafan Tahap Jauhari
-
Jumlah Bacaan Pengiktirafan
72-143 buah Gangsa
144-215 buah Perak
216- 287 buah Emas
288 ke atas NILAM
Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
-
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber SEHEBAT adalah sama dengan pengiktirafan diperingkat kebangsaan.
Markah Pengiktirafan
100-199 Gangsa
200-299 Perak
300-399 Emas
-
400 ke atas NILAM
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
HARI SELASA HARI NILAM (HSHN)
Bertempat di DATARAN ILMU SM SAINS BATU PAHAT
Aktiviti
-
-
Bercerita
-
Meminjam buku
-
Membaca buku
-
Bicara buku